welcome to my blog!!!

Glitter Words
"Aku Menulis Bukan Kerna Namaaaa.......dan aku UPDATE blog ni bila aku RAJIN muehehe"

Tuesday, September 10, 2013

Misalan apa

Tuhan
Misalan apa patut aku bayangkan
Bagi gambaran berbentuk lisan
Seketika, terkaku aku dititik permulaan
Namun,aku terus melangkah mencari kebahagiaan...

Tuhan
Inikah rupanya sebuah ujian
Buat menduga secebis keimanan
aku berserah dengan doa
Moga kekusutan terlerai semuanya

Tuhan
Kiranya ini telah ditakdirkan
Untuk aku hadapi sendirian
Mohon aku dititipkan sebuah keredhaan
Buat teman sepanjang perjalanan...



(lupa copy kat mana)

Sunday, April 21, 2013

~ditepi pantai yang indaahhhh....aku duduk seorang diriiii...

~aku dah lama tak update...
kadang aku kalau nak buat entry mesti blur tak tau nak taip apa..kadang tgh dok lepak kat opis ada jer idea aku nak mengarang kat sini.tapi bila dah online jadi 'blur' balik...kadang aku terpikir apa positif dan negatifnya hasil tulisan aku ni..aku 'buat' blog ni pun saja suka-suka..atleast ada tempat untuk aku luah perasaan..luah perasaan kat keyboard lagi best dari hadap manusia..lain orang lain penerimaan..lain pendapat..lain cadangan..lain cara luah perasaan..macam-macam benda dalam kepala otak aku sekarang ni..banyak yang aku pikir..kadang betol jugak org kata..makin banyak pikir makin banyak masalah..life must go on...

~aku di perantauan
hidup di perantauan banyak mengubah cara hidup aku...ada member opis kata aku pendiam..aku?pendiam? mcm pelik statement tu..(zaman aku student dulu aku antara student yang 'banyak cakap') kenapa aku berubah..aku berubah ke?~apapun memang manusia akan berubah..

~aku dan kerja
aku suka kerja aku sekarang
hari-hari pergi opis hadap mainan..main lego...
mcm2 model dah aku buat
aku suka kerja aku... :)

~aku dan 26
tahun ni umur aku 26 tahun...
i am single and available...hehe

~aku dan berat badan
masih berjuang dengan diri sendiri
berperang dengan nafsu sungguh mencabar diri aku...






Friday, February 15, 2013

Wednesday, January 2, 2013

PERSONALITI KUNING



SOSIAL:

1. Mengutamakan keceriaan. Sukakan kegembiraan, keseronokkan, periang, manja, mudah mesra, & kadang2 bersikap keanak-anakkan.

2. Nampak muda remaja & bertenaga kerana suka ketawa dan mudah didekati orang lain. Suka tersenyum dan kehadiran mereka dialu-alukan.

3. Sering menasihati orang lain supaya tidak bersikap terlalu serius, tertekan, atau kesedihan kerana kehidupan perlu dinikmati secara total.

4. Sikap positif menyebabkan mereka mempunyai ramai kawan.

5. Kadang-kala berada dalam kesunyian kerana mereka hanya mempunyai teman pada waktu gembira sahaja. Kebanyakan teman mengambil mudah kerana personaliti ini dianggap dapat memenuhi waktu sedih mereka sahaja. Jadi, personaliti ini harus pandai mencari teman ketika berduka.

6. Aktif & gemar berkomunikasi. Kreatif dalam melakukan sesuatu. Komunikasi mereka disertai dengan unsur humor, jenaka & gelak ketawa.

7. Bersifat artistik, idea bernas, kreatif dalam hubungan sosial, kerja dan peribadi.

8. Mampu bercakap pelbagai jenis topik jika berada dalam kumpulan.

9. Peka, mampu mengesan bahasa tubuh orang lain, menerima dan mendengar pendapat orang lain, & cepat mempelajari sesuatu terutamanya Sains & teknologi.

10. Daya fikiran kreatif & pola pemikiran teknikal memudahkan pemprosesan maklumat berlaku dengan cepat.

11. Cekap menggunakan peralatan komunikasi, komputer, elektrik dan peralatan moden lain. Boleh menceriakan hidup mereka.

12. Sukakan seni secara spontan : hasil lukisan, kraf tangan, penulisan, ukiran tangan, gubahan bunga, seni lipatan kertas, seni mengecat, grafik & lain2.

13. Cepat bosan dengan sesuatu. Jadi mereka mudah melakukan perkara2 lain semata2 untuk menceriakan kehidupan mereka.

14. Bahasa tubuh mereka jelas. Kurang pandai berselindung : jika sedih / gembira, raut wajah mereka segera menunjukkan perubahan mood.

15. Berdikari & mudah mesra dalam perhubungan. Bertenaga dan mudah mengalirkan tenaga kepada orang sekeliling.

16. Harus bijak mengalirkan tenaga kepada persekitaran kerana apabila tenaga berkurangan, personaliti ini akan menjadi malas, muram, sukar memberi focus dalam hal lain. Namun cekap memberi alasan jika perlu.

17. Perlukan masa untuk mencari & membina jati diri supaya menjadi lebih matang dan mahir dalam segala hal.

PERHUBUNGAN:

1. Mahukan pasangan yang mengambil berat, memahami dan tidak menghalang kebebasan. Agak memilih dalam mencari pasangan.

2. Suka hidup bersendiri. Takut menjalinkan hubungan serius dan kurang yakin dengan komitmen. Ingin kebebasan dalam kehidupan.

3. Takut dikecewakan jika pasangan meninggalkan mereka. Tidak sukakan hubungan yang berlangsung dengan cepat.

4. Pasangan perlu sabar kerana mereka mengambil masa & ruang untuk membuat keputusan dalam perhubungan.

5. Dalam hubungan perkahwinan, perhubungan intim dan seksual amat penting kepada mereka kerana tenaga aktif mereka dapat diaktifkan semula. Mereka akan berasa dihargai dan lebih ceria.

6. Selesa bersama Personaliti MERAH, JINGGA dan KUNING sendiri. Mereka terdiri daripada kumpulan yang lebih kurang sama aktifnya.

7. Bersesuaian dengan Personaliti VIOLET : membantu mereka meningkatkan daya pemikiran yang lebih kreatif, berwawasan & fantasi.

8. Kurang sesuai dengan Personaliti BIRU : tidak sukakan komitmen yang diperlukan oleh Personaliti BIRU.

9. Mereka perlu lebih peka dalam menjalinkan hubungan jangka panjang. Cuba untuk lebih memahami bahasa tubuh, emosi, dan sikap pasangan masing-masing supaya hubungan itu lebih kekal lama.

  KEWANGAN & KERJAYA:

1. Mampu menjana kewangan kerana kreatif dalam hal ini. Bijak merancang sesuatu untuk mendapat hasil yang lumayan.

2. Namun lemah dalam menguruskan aliran masuk & keluar kewangan.

3. Mampu melaksanakan tugas baru dengan baik. Namun cepat bosan dengan sesuatu yang baru dilaksanakan : “Hangat2 tahi ayam”.

4. Kelihatan bersemangat di awal tugasan. Agak malas di peringkat akhir tugasan.

5. Kreatif dalam mencari sebarang penyelesaian kepada mana2 masalah yang dihadapi mereka atau rakan mereka.

6. Motivasi diri yang tinggi. Mampu memimpin orang bawahan. Menjadi rujukan orang lain. Turut mengaplikasi apa yang mereka katakan.

PEKERJAAN YANG SESUAI:

1. Atlit

2. Ahli perniagaan

3. Ahli psikologi

4. Penghibur / chef / mekanik

5. Pengamal perubatan / pemandu pelancong / pramugara / pramugari

KESIHATAN & PERTUMBUHAN:

1. Bersolat, menyanyi, menari, meditasi dan aktiviti riadah lain dapat menjana tenaga mereka kembali.

2. Bersukan penting kepada mereka. Aktiviti pantai : berlayar, berenang & lain2 dapat memberikan keceriaan dan kegembiraan.

3. Jangan lakukan aktiviti yang mengehadkan kreativiti kerana akan membantutkan kadar tenaga dalam badan.

4. Perlu lebih peka terhadap bahasa tubuh orang di sekeliling dan perlu menjada tubuh badan, minda dan rohani diri sendiri supaya lebih menghargai kehidupan.

Sunday, December 30, 2012

2012..

entri untuk akhir tahun 2012..dah lama tak update blog..asyik buka pesbuk jer..
kadang aku terpikir nak terminate blog ni..tapi sayang..aku suka karang puisi...so bila rasa nak menulis aku buka blog ni..
dah penghujung tahun 2012..esok 31 dis..lg 1 hari nak masuk 2013...
aku?aku masih 25 tahun...haha
3 April 2013 ill be 26 yo...OMG...umur aku makin pendek...
apa yang aku buat tahun ni...apa perkembangan diri aku?
January sampai mei 2012..kerja aku pegi interiew..unemplyoed yet..
jun-july-ogos-sept..dok rumah jadi bby sitter..ank sedara aku ramai...haha
bukan baby sitter sgt pon..makan-tido-makan-tido jer keje aku...
OKTOBER 2012-present...-mula kerja kat Johor...
aku dapat Kerja kat Merlin Entertainment..yang bukak Legoland..maddam tussauds..etc...
as a Lego Model Builder di Legoland Modelshop Malaysia di Gelang Patah.....kerja aku bina model2 lego yang nak di letak di Legoland Malaysia Hotel...
setakat ni aku dah buat beberapa model..
kerja yang mmng menarik..
kerja yang aku tak perlu selalu jumpa org ramai..
kerja yang menuntut kesabaran dan ketelitian..

bayangkan dari lego element yang kecik tu ..disusun 1-1 sampai lah jadi model/bentuk yang kita nak...
huh..1st aku agak bingung..huhu sebb masa kecik tak pernah main lego ni..mahal..mak ayah aku tak mampu nak beli...keluarga aku bukan org senang beb..ayah aku Petani (ah..rindu bau padi muda..sapa yang dok kampung mesti tau bau ni..)..mula2 masuk kerja aku hafal setiap nama element lego tu..so senang..nanti ada masa aku buat entry pasal lego element ni....

tu je lah entri kali ni..saja nak tinggalkan 2012 dengan entri baru..takde lah usang sgtkan..huhu
ok lah BAbai...


Tuesday, November 27, 2012

Wadah Sepi

Bersandar di pondok kayu
ku menghafal wadah indah dalam kotak fikiran ini
luahan itu terperosok ke hati suci
ku tatapi puisi indah mu itu
sehingga kabur dari pandangan
puitis kata merayu air mata ku
sungguh dalam maksud kiasan mu
sungguh aku terkaku dalam panahan rasa bersalah
aku tidak mampu menafikan
rasa hati sendiri
kau tega meluahkan rasa hati mu tentang diri ini
aku cetek tentang ilmu mengenai diri sendiri
aku buta dalam menilai cinta hakiki
dan aku malu mengatakan aku cintakan mu sepenuh hati,

Lukisan Wajah

Dapat aku lihat riak muka mu...
roman yang jelas tampak berubah
aku tahu kau menentang diskusi tentang kita
kau keras menafikan kujur tubuh
yang berdiri di tangga batu itu milikmu
bahagia memeluk si ayu bertudung biru

aku tahu itu kamu
lewat senyum mu yang penuh erti
kejamkah aku?
mencabut keras tunjang kasih kita yang
sedari dulu aku tanam didasar hati
salahkah aku menentang poligami yang tidak pasti
aku sedar aku bukan tunangan mu
tapi dia juga belum berakad dengan mu!!!